Wednesday, December 30, 2015

Rezeki Yang Berkat


Baginda SAW bersabda: “Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa yang sentiasa dilakukannya.” (Riwayat Ibn Majah dan Ahmad)

Kehidupan Dicelah-celah Kebinasaan


Landasan keretapi yang mungkin tidak menjadi selesa bagi sepohon pokok ingin untuk meneruskan kehidupannya. Apakah anak pokok ini bisa meneruskan kehidupannya...

Tapi apapun benih pokok akan teruskan misinya untuk tumbuh walaupun dimana disemai. Untuk menerukan kehidupan pokok ini perlu berubah tempat untuk membesar.

Begitu juga dengan manusia dimana dilahirkan bukan ukuran tetapi dimana dia membesar menjadikan dia manusia sebenar atau manusia bertopengkan 'nafsu syawat'.

Friday, May 1, 2015

GST - Gua Dah Tension


Isu mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas kad tambah nilai telefon prabayar semakin kusut dengan kenyataan berbeza dari dua anggota Kabinet. Rakyat pening. Tukang jual prabayar pun pening....

Tak Jumpa Kain Pelikat


Biasa ke surau atau masjid dengan seluar kotor, kita mengharapkan ada kain pelikat disediakan. Tapi kalau tak jumpa kain pelikat, gunalah cara di atas.

Thursday, April 30, 2015

4 Perkara Untuk Renungan


Saidina Ali r.a. ada memberikan beberapa peringatan yang boleh diringkaskan kepada 4 perkara. Perkara ini sukar untuk dilakukan walaupun kita rasa mudah.

1. Memberikan maaf ketika kita sedang marah
2. Bersedekah ketika kita kesempitan.
3. Menjauhkan perkara haram atau maksiat ketika kita bersendirian.
4. Berkata benar kepada orang yang kita takuti atau segan termasuk bos kita atau orang yang selalu membantu kita.

Friday, December 19, 2014

Kuatnya Semut...


Dalam al Quran banyak menceritakan semut. Semut adalah satu kelompok serangga yang boleh dijadikan pengajaran hidup dimana hidup dalam komuniti yang aman dan damai dengan menjalankan tanggungjawab masing-masing tanpa dengki dan irihati antara satu sama lain.

Selain itu semut juga adalah serangga yang sangat tekun... kalau tak percaya cuba bayangkan anda digigit kerengga (sejenis semut). Sampai mati dia tak akan lepas anda... tercabut kepala pun dia rela..

Lihat gambar di atas betapa kuatnya semut....

Ikut Peraturan dan menggunakan kemudahan disediakan...


Anjing menggunakan kemudahan yang disediakan manakala manusia pula mengambil jalan pintas. Adakah manusia menggunakan lebih akal untuk mendapatkan sesuatu dengan lebih singkat dan mudah tapi sanggup mengadaikan nyawa?

Atau anjing ada pengalaman kawan-kawannya yang telah 'dilenyak' lori?

Apa pendapat anda?

Sangat Malas @ Terlalu bodoh?


Untuk sekat pintu daripada tertutup kita perlukan sesuatu. Kita boleh guna "Doorstop". Tapi jika kita malas nak buka, dengan pembungkusnya kita boleh sekat pintu daripada tertutup...

Adakah ini dikatakan "terlalu cerdik"?

Saturday, October 4, 2014

Dapur Kayu


Sempat semasa kecil dulu belah kayu api untuk di isi di bawah dapur untuk tujuan memasak. Sangat menjadi masalah sekiranya musim terkujuh kerana kayu basah dek kerana hujan.

Muka "terporong" kerana arang, asap dan abu itu juga menjadi kebiasaan...

Satu kekurangan dalam gambar ini ialah tempayan air..

Apapun orang zaman sekarang tak pernah merasai ini semua..
Dunia makin canggih manusia makin malas.. malas untuk"lelah' buat kerja.

Friday, January 3, 2014

Surat Ganti Rugi


Sekarang murid sekolah rendah pun tahu 'law'..
Saman dan tuntutan ganti rugi..
Kalau sebelum ini 'orang politik' sahaja main saman-menyaman
sekarang murid sekolah rendah dah ikut..
budaya tuntutan..